"DIA"


yg tulis =) Chocolate + Caramel | 4 choCOmment
chocoLabel =) besday "dia"
9 November 2009
antara cinta dan sahabat..
2-2 penting bagi sy..
teringat cerita hindustan, "Mujhse Dosti Karoge",
demi persahabatan, mereka korbankan cinta..
dan tadi, berlaku satu peristiwa yg lebih kurang sama..huhu
disebabkan sahabat sy faham dgn keadaan sy,
dia sudi melepaskan sy pergi kpd cinta sy..
tapi bagi sy, sy takkan korbankan mana2
-antara persahabatan dgn cinta
sbb 2-2 penting utk sy..
oleh itu, sy akan cuba sedaya upaya sy utk bertindak adil kpd ke2-2nya
lagipun cinta sy juga adlh sahabat baik sy..
jadi, sy harap mana2 pihak takkan terasa hati dgn sy
jika sekiranya berlaku sesuatu perkara yg menampakkan seperti sy mementingkan 1 pihak sahaja, sy amat2 memohon maaf..
kdg2 sy tak sedar sy melakukan kesilapan ini sbb sy bukan seorang yg pandai membuat keputusan bijak dgn cepat..
tapi sy amat2 berterima kasih kpd sahabat sy atas peristiwa yg berlaku siang tadi..
sesuatu yg sukar utk difahami tetapi dia sedaya upaya cuba utk memahami sy..
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH..
=)
dan, semoga doa2 yg sy dapat hari ini,
akan termakbul suatu hari nanti..amin..
^_^
p/s: kecuali bila dah berkahwin, semestinya suami adlh nombor 1..
yg tulis =) Chocolate + Caramel | 0 choCOmment
chocoLabel =) celoteh
Assalamualaikum..
atas sebab ketandusan idea dan kemalasan bermain dgn blog, blog ni jadi bersawang teruk stlh ditinggalkan keseorangan selama berminggu2 lamanya..hehe..lepas kena perli blog ni tak berupdate, jadi hari ni ku gagahkan diri menaip barang seketul dua di sini..
mcm biasa, setiap kali balik rumah je ade cerita baru yg akan masuk ke telinga..mcm2 jenis mesyuarat diadakan dgn kakak dan mak, mesyuarat tingkap, pintu, dan sebagainye..hehe..
hari tu kami membincangkan mengenai sikap para suami terhadap isteri2 mereka..(cewah mcm minit mesyuarat lak)..ade sebuah keluarga yg kami kenal, ade ramai adik beradik lelaki dan masing2 menunjukkan sikap yg berbeza2 terhadap isteri mereka. sy namekan mereka sebagai A, B, C, D dan E..
A:
belajar sekolah biasa, dikawal oleh isteri, jadi dia jarang marah isteri..
kesan: isteri dia hari2 senang hati
B:
belajar sekolah biasa, tapi romantik orangnya, jadi die ckp dgn isteri pun lembut2 dan jarang marah isteri
kesan: isteri dia bahagia dan dengar kata
C:
seorang yg ego, dulu belajar pondok tapi tak habis, tak mahu dengar pendapat isteri, selalu marah isteri dan kadang2 tengking isteri, cuma tak tengking depan org lain
kesan: isteri selalu tension, kdg2 anak2 jadi mangsa, tapi tetap taat dgn suami
D:
dulu belajar sekolah agama, skrg kerja jadi ustaz dan kadi, cakap lembut2 dgn isteri dan jarang marah isteri
kesan: isteri dia bahagia dan taat
E:
pendidikan biasa2 je, lepas kahwin dia mengawal isteri dan sampai tak benarkan isteri balik rumah mak sendiri, mementingkan diri, bercakap lembut2 dgn isteri tapi isinya pedas..
kesan: isteri dia tetap taat setia mendengar kata dan redha je dgn apa yg suami arahkan
........................................
lain kan sifat setiap daripada mereka ni..kita pulak macam mana? tergolong dalam sifat yang mana? saya akan tinggalkan entry ni begini tanpa sebarang bentuk kesimpulan..tapi yang penting, ambil yg baik je dari entry ni, yg tak elok kena buang jauh2..kita sebagai manusia kena bijak pilih jalan hidup kita asalkan berlandaskan ajaran Islam..yang pasti, Rasulullah adlh contoh suami yg terbaik boleh kita jadikan ikutan..masih ada lagikah suami ibarat baginda di zaman ini??
renung2kan...
^_^
yg tulis =) Chocolate + Caramel | 0 choCOmment
chocoLabel =) renungan
yg tulis =) Chocolate + Caramel | 0 choCOmment
chocoLabel =) eid mubarak
Alhamdulillah..dlm pada rasa tak nak balik cuti merdeka ni, 'ter'balik jugak aku..hehe
disebabkan cemburu yg amat pada kwn2 yg balik rumah, sy contact kak cik (kakak lan) mintak nak tumpang balik sekali sabtu malam ahad tu..dgn baik hatinya kak cik bagi =)
kitorang bertolak pukul 11 lebih (mlm),lan jadi driver..sebelum tu tumpang berbuka dgn tunggu kak cik kat rumah waneq kat setiawangsa..terima kasih byk2 kat waneq sekeluarga sbb terlalu baik hati utk bagi husna menyebok lagi antara korang anak beranak..jasa korang 1 keluarga dikenang selama-lamanya..mama waneq mmg best! ^_^
sampai rumah dlm pukul 2 pagi ++..mak yg sambut walaupun mak terlalu penat utk bangun time2 mcm tu sbb siangnya terlalu sibuk dgn urusan kedai (tapi kalau mak tak bangun, memang tak masuk rumah la sbb yg lain2 semua tak sedar apa pun =P)..
esoknya pergi tolong mak di kedai. nasib baik orang tak ramai sgt sbb hari ahad..baru je jaga kedai, dah ada pelanggan yg buat saya sakit hati dgn perangai berlagak dia..memikirkan tgh puasa, jadi saya sabar jelah..
waktu berbuka pulak memang best..mak tempah LAKSA PAK MAIL hari tu. laksa ni adalah yg paling popular kat kampung simpang 3 talang. dari kecik lagi rasanya sama je..sedap..pak mail sebenarnya dah meninggal dunia, skrg menantu dia, pak din, yg teruskan penjualan laksa diorang. sambil menikmati laksa tu, kitorang bercerita semula kenangan masa makan laksa ni waktu kecik2 dulu..masa tu, kitorang menetap di kampung talang. bila dengar je bunyi loceng pak mail, kitorang adik beradik mesti nak beli punya. jadi mak akan bagi mangkuk satu sorang, dan letak 50sen dalam mangkuk tu. lepas tu kitorang ramai2 pegi kat pak mail. kemudian, pak mail akan ambil duit tu dan bubuh laksa dlm mangkuk masing2..harga 50sen je masa tu tapi memang kenyang..laksa pak mail ni nampak kosong je dan warna pun merah je sebenarnya, tapi tak taulah nak cakap mcm mana nikmatnya makan laksa ni..jgn salah sangka pulak, takde dadah ye..hehe..pak mail datang dari rumah ke rumah dengan motor. kuah laksa diletak dalam 1 tabung kayu besar (tak tau apa namanya) dan mungkin jugak disebabkan tabung tu lah, rasa laksa tu sedap dan terpelihara je dari dulu sampai sekarang..mintak2 laksa pak mail akan kekal ada sampai bila-bila..amin..
**hari ni ulangtahun kemerdekaan negara ke 52..takde rasa apa-apa pun merdeka kali ni (memang tak patriotik sangat pun sbrnya), tapi bila fikir balik, diri sendiri ni tak merdeka lagi dari masalah-masalah yg sepatutnya tak wujud dalam diri, lebih-lebih lagi hati..tak sabar nak merdeka hati dan perasaan apabila sesuatu yg diangankan, menjadi milik saya yg abadi..semoga Allah memakbulkan doa-doa saya..amin..
p/s: derita dalam hati tak siapa pun memahami..
yg tulis =) Chocolate + Caramel | 0 choCOmment
ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.
ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.
ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.
ambillah waktu untuk memberi,
itu membuat hidup terasa beerti.
ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.
ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah jalan menuju syurga..
~diberi oleh seseorang ^_^
yg tulis =) Chocolate + Caramel | 0 choCOmment
hem..jalan-jalan dari blog ke blog buat kita berjumpa dgn bermacam-macam jenis blog kan..ada yg best dan ada yg biasa je..semua blog dicipta dgn motif bloggernye yg tersendiri
tapi 1st time sy jumpa blog yg bagi impression buruk sebaik saje sy masuk blog dia
masuk saje, sy fikir dlm hati, "ni blog melanggan perempuan ke?"
sy nampak ada byk sgt gambar owner blog tu dlm bermacam-macam gaya
sy tak hairan kalau dia nak letak gambar dia sendiri,
tapi yg membuatkan sy fikir itu blog melanggan perempuan,
adalah disebabkan pakaian dia, ada gambar dia memakai tudung, berbaju sopan, malah ada jugak gambar dia tak memakai tudung dan menayangkan bahagian leher serta rambut..
jadi apa motif owner blog ni??
adakah dia nak menunjukkan kebebasannya berpakaian,
adakah dia nak menunjukkan dirinya yg dikurniakan oleh Allah sebagai wanita yg boleh tahan rupanya, cantik..??
adakah dia mahu org-org yg melawat blognya memuji diri dia??
memang ramai lelaki yg masuk ke blog ni dan memuji-muji dia, cantik, comel, dan sebagainya..malah, bahasa yg dia gunakan kpd kenalan-kenalan lelaki dia pun memang menggoda..semua lelaki dia boleh panggil my dear..kenapa??adakah anda tahu lelaki tu sudah berpunya atau sudah berkahwin atau tidak???
tapi yg pasti, secara kasarnya sy nampak bahawa dia sengaja membuka pintu fitnah utk diri sendiri..na'uzubillah..tujuan sy mengatakan ini adlh utk memberi teladan kpd semua..bukan utk mengumpat kaum hawa..
bukan itu sahaja yg menarik perhatian sy pada blog dia..
ada 1 entry yg dia tulis, mengatakan tentang seorang perempuan bertudung labuh jadi pelakon video lucah, yg dia jumpa di youtube, kalau tak silap sy..
dia bukan sahaja mengutuk perempuan itu, malah dia mengutuk ibu bapa perempuan itu..tapi yg kelakarnya pada sy, dlm masa yg sama, dlm entry yg sama, dia meletakkan gambar free-hairnya sendiri dlm gaya menggoda..(apa kes???)
sy lebih menghormati wanita yg tak memakai tudung tapi menjaga kehormatan diri dan tak hipokrit, daripada perempuan yg sebegini...
lagi, banyak komen drpd annonymous di entry yg satu ni..
semua annonymous tu mengutuk cara dia; berkata tentang org lain termasuk ibu bapa org lain, dan cara dia menayangkan tubuh badan..
mari kita sama-sama berdoa agar perempuan ini menyedari ksilapan yg dia lakukan dan dia segera berubah..amin..
p/s: teringat novel (atau short story, sy lupa) English bertajuk "Lolita" yg mengisahkan tentang seorang profesor universiti, tetapi dlm masa yg sama dia adlh seorang paedophile (pencinta dan perogol kanak2). Lolita adlh nama samaran yg dia berikan kpd seorang kanak2 perempuan yg dia terlalu cinta, dikurung dan dirogol berulang kali. disebabkan kisahnya yg mendatangkan kontroversi, novel ini diharamkan penjualannya selepas itu..
yg tulis =) Chocolate + Caramel | 3 choCOmment
chocoLabel =) renungan